Tiada yang lebih mudah daripada membuat penyegar udara yang bebas-kimia dan murah ini untuk anda sendiri! Ambil satu bekas mason berpenutup – atau apa-apa botol yang mempunyai bukaan yang besar. Anda juga akan memerlukan soda penaik dan minyak pati pilihan anda.
advertisement
Bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat pewangi rumah anda ini sangat mudah didapatkan di mana-mana sahaja. Anda juga mungkin boleh mendapakan bahan-bahan tersebut di almari dapur anda. Jika tidak, anda boleh sahaja pergi ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan apa yang diperlukan.
Percayalah, harga barangan tersebut tidaklah semahal mana pun. Selain itu juga, memandangkan kos membuat wangian ini sangat rendah, anda juga boleh membuat wangian tersebut dengan kuantiti yang banyak, untuk bekalan pada hari- hari mendatang. Oleh itu, secara jangka panjang, anda akan dapat menjimatkan duit anda.
Selain daripada itu juga, aktiviti membuang wangian ini pasti seronok dilakukan bersama keluarga. Anda dapat merapatkan silaturahim bersama anak-anak anda. Disamping itu juga, anda akan dapat mengajar anak anda erti bertanggungjawab dan nilai kasih sayang, disamping dapat meluangkan masa secara bersama-sama.
Video ini akan membantu anda untuk menghimpunkan dan menghasilkan kit pewangi rumah organik yang mudah dalam masa yang singkat. Pastikan anda menontonnya dan hantarkan helah ini kepada rakan-rakan anda jika anda gemarkannya!
advertisement